Sunday, 25 January 2015

6 sebab perlu minum air putih/ air masak

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Apa khabar? Harap korang semua sihat selalu dan gembira bersama yang tersayang. Hari ni Dilla nak share kenapa perlu minum air putih yang cukup setiap hari. Jom baca ni




1) Mengelakkan dehidrasi
Ini kerana 60% badan manusia terdiri daripada air. Jika kita kurang minum air, kulit akan menjadi kering dan kesihatan akan terjejas.

2) Melancarkan sistem pencernaan
Jadi tiadalah masalah sembelit dan kesukaran membuang air besar

3) Menurunkan berat badan
Bagus untuk yang sedang berdiet. Sebab air putih tiada kalori, gula ataupun lemak.

4) Kecantikan
Kulit akan lebih lembap dan bersih

5) Kesihatan
Ia membantu membersihkan dalaman dan membuang toksin di dalam badan. Oleh itu, tubuh akan lebih sihat dan cergas

6) Meningkatkan metabolisme

dan



Jadi...minumlah air secukupnya setiap hari. 25 kg badan bersamaan 1 liter air. Jadi perhatikan berat badan korang, dan berapa perlu minum air setiap hari. Semoga hidup lebih sihat dan cergas.
 
Mama QD
019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Sunday, 4 January 2015

6 Tips atasi masalah sembelit selepas bersalin

Kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin akan mengalami masalah sembelit dan kesukaran membuang air besar. Ia disebabkan mereka rasa takut luka jahitan bersalin itu akan terbuka. Di sini Dilla nak kongsikan kepada ibu-ibu yang lepas bersalin, 5 tips atasi masalah sembelit.


1) Minum air kosong
Setiap hari ibu-ibu digalakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air. Ini bagi mengelakkan dehidrasi dan melancarkan pengaliran susu ibu.

2) Banyakkan makan makanan yang kaya serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau.

3) Jangan menahan untuk membuang air besar.

4) Ambil makanan yang mengandungi banyak kandungan Vitamin C. Ia bagi membantu memulihkan tisu-tisu yang luka semasa melahirkan anak.

5) Minum susu 2 kali sehari di waktu pagi dan malam sebelum tidur. Ini dapat membantu melawaskan dan memberi tidur yang lebih lama

6) Dan digalakkan ambil Set Selepas Bersalin Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vita-Lea, Zinc, B Complex, ESP dan Ostematrix.





Dilla juga mengambil Set Bersalin ini semasa dalam pantang dan sambung sehingga kini. Alhamdulillah penyusuan Danish sehingga 2 tahun berjaya dengan izin Allah. Yang best set ni ia membantu melancarkan peredaran darah, susu badan banyak dan lebih pekat, luka jahitan cepat sembuh, badan bertenaga tak cepat letih dan kulit lebih cantik dan bersih.
 
Mencegah itu lebih baik dari merawat

 
Mama QD
019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Thursday, 1 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Selamat tinggal 2014 dan Selamat Datang 2015

Dilla nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun ini lebih diberkati Allah dan lebih dimurahkan rezeki Allah. Amin.


Jom kita berusaha lebih agar semua azam tahun 2015 tercapai lebih awal. Apa azam tahun baru kawan-kawan?
 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Follow Me